Followers

Welcome!

Dear readers, Thanks for visiting my blog. This blog is all about me, what deep'in inside, and my journey. Thanks also with all ur support and ur comment. I will try to update it in a timely manner. For those that not interested plz get out frm my page. thanks - amy

Tuesday, October 14, 2014

Pantang Larang dalam Beratkins


1. Pastikan air yang diminum cukup (25kg berat badan uols = 1 liter air) Make sure cukup! jgn sekali-kali kurang. PENTING

2. Pastikan makan 3 kali sehari (normal size food) atau 4-5 kali sehari (untuk small portion)

3. Jangan sekali-kali malas nak makan, sebab uols percaya if kurang makan, makin kurang berat badan uols. fakta itu salah untuk atkins.

4. Atkins bukanlah diet berlapar, atkins adalah diet makan sehingga kenyang (hanyalah makanan yg disenaraikan HALAL dimakan di dalam Atkins sahaja) 
sila rujuk link ini untuk lihat makanan yang HALAL di makan ketika proses induction Makanan yang Dibenarkan semasa proses Induction

5. Jangan berlapar, kalau berlapar nafsu saka makan akan berleluasa dan metabolisma akan menurun

6. Wajib makan breakfast 

7. Untuk makan malam, makanlah sebelum jam 7 atau selewat-lewatnya jam 8 malam ataupun 4 jam sebelum tidur. 

8. Makan 20 gram carb sehari sahaja (induction phase). Please baca label pada product yang hendak dibeli. Ayam, daging, ikan carilah yang di jual mentah bukan yang di proses / di tinkan dan bebas dari bahan pengawet.

9. Makanan proses di kilang ditambah gula, bahan perasa , bahan pengawet dan ada hidden carb. Baca label tin / kotak / botol. 

10. Elakkan makan di kedai, kerana makanan yg dimakan mungkin dicampur dengan sos, kicap, bahan perasa dan tepung. Nak kurus kena banyak bekorban, bangun pagi2 siap2 la bekal untuk di makan di tempat kerja secukupnya ( untuk makan pagi sehingga tamat waktu kerja)

11. Jangan sekali-kali makan makanan yang telah di HARAM kan di dalam atkins (Makanan yang Dilarang semasa proses Induction) cthnya walaupun sesudu, secubit, sesuap nasi, boleh menaikkan glukosa dalam badan dan boleh menyebabkan uols ketagih nasi dan benda-benda manis. bersabarla sayang.

12. Sembelit? minum banyak air atau boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air (ada dijual dimana-mana farmasi dan cosway)

13. Jangan  bimbang untuk menggoreng makanan, asalkan jangan ditambah sos, serbuk kunyit, tepung , madu, gula ataupun bahan yang telah diharamkan dimakan ketika Atkins

14. Rempah ratus boleh digunakan asalkan rempah ratus ASLI tiada penambahan gula atau tepung atau bahan perasa tiruan

15. Kenapa tidak boleh makan buah? buah terdapat gula dan carb yang tinggi. Sebiji buah pear mengandungi 25 g carb manakala pisang pula 23 g carb sebiji

16. Makanan ringan (junk food) tolong elakkan kerana ada trans fat dan boleh menyebabkan obes

17. Kalau teringin makan sardin / tuna / salmon di dalam tin, jangan pilih yang bersos kerana bergula. Pilihlah yang dimasak di dalam air / brine atau in oil. Tapi mcm iols cakap tadi, kalau boleh elakkan proses food ye adik2.

18. Untuk yang suka bersenam, teruskan bersenam. Bersenam akan mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak. Ada juga atkiners yg jarang bersenam tapi hanya berjalan (slow jogging) telah berjaya turun sehingga 30 kg. Berjalan pun sudah memadai bg yang tidak mampu bersukan.



No comments:

Post a Comment