Followers
Welcome!
Wednesday, October 22, 2014
7 Perkara untuk Berjaya dalam Atkin (Level Induction)
1. Kira carb uols amik untuk induction phase 20g sehari : carb (g) - serat (g)
p/s : kena ingat bukan bermakna uols boleh telah apa-apa sj dalam 20 carb tu. 12-15 g carb adalah daripada sayur hijau dan selainnya protein halal atkin yang lain
2. Banyakkan makan sayur hijau yang halal atkins. Apakah kesan kalau tak nak amik sayur sepanjang atkins? Jawapannya SEMBELIT! banyak iols tengok macam2 alasan tak leh telan, tak makan sayur la. Adik2, hakak ni pun bukan jenis makan sayur, tapi nak kuruskan. Kurangkan ALASAN itu ini tak boleh,
kalau nk seribu daya.
Actually sayur yang dimakan sepanjang proses DA akan membantu uols rasa kenyang tak perlu la uols terpaksa menghadap seekor lembu untuk rasa
kenyang.
3. Minum air mengikut keperluan diri masing-masing
cth : 25 kg (berat badan) x 1 liter air
Untuk melihat adakah uols dah minum dengan cukup, air kencing bewarna
kuning cerah ke clear bermakna uols dah minum cukup air.
4. Jangan berlapar. DA bukan diet berlapar tapi dengan syarat makan apa yg
dibenarkan sahaja. Ingat! berlapar akan menurunkan kadar metabolisma
dan menyukarkan proses penurunan berat badan berlaku
5. Makan cukup lemak (Good Fat). Fungsi lemak adalah untuk membantu
merangsang pembakaran lemak di badan. Tapi berpada-padalah ya.
6. Jaga-jaga dengan carb yang tersembunyi. Baca label makanan. Jangan hanya
kerana pada label menulis rendah kalori itu tak bermakna dia rendah carb,
gula dan garam. jaga-jaga.
7. Check peti ubat uols, adakah ada ubatan yang melambatkan proses
penurunan berat badan. cth ubat anti-radang nonstreroidal (NSAID),
termasuk aspirin, ibuprofen (motrin, advil) dan naproxen (aleve, naprosyn)
ubat-ubat ini menyebabkan pengekalan air dan boleh mengalang
pembakaran lemak. Jika memerlukan tambahan melegakan kesakitan
cuba acetaminophen (tylenon atau penadol) yang tidak NSAID
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment