Followers

Welcome!

Dear readers, Thanks for visiting my blog. This blog is all about me, what deep'in inside, and my journey. Thanks also with all ur support and ur comment. I will try to update it in a timely manner. For those that not interested plz get out frm my page. thanks - amy

Tuesday, April 23, 2019

Pengalaman dan Tips: Kena Saman dengan JPJ dan naik mahkamah 2019

Pada satu hari yang indah, ketika burung berkicauan riang, tak kusangka bala petaka akan bakal terjadi huhu

Owh roadblock di depan, biasalah suami iols buat ala2 macho, "keta kita dah mcm akuarium, plate tak fancy apa da hal!" Kata suamiku yg confident level tahap tertinggi

Eh tetiba abg jpj suh ketepi, dalam hati dah kenapa plk! 
"Encik, roadtax dah mati ni"
Ya Allah you'ls!! Kitaorng mmg mati2 ingat dah settle dah dua2 keta. Rupenya ada seketul lg tak settle. Ngigau sungguh!! 

Memula relax lagi, tapi terfikir 
"habisla melayang rm300 kena bayar saman"
 (Ms ni naif lagi ingatkan just pegi jpj bayar duit denda! settle)

Skli iols gugel!   

Memang agak nightmare jugakla once dah tahu kena saman dengan JPJ bukan sama mcm kena saman dengan Polis tau! 

Tak dapat dinafikan kitaorng down kot masa tu! Tak silap kena bulan 1, bulan 4 baru kena dibicarakan! 
Kena naik mahkamah you'ls! Masa tu terus terpk duk dlm kandang pesalah, hakim kat depan, mcm dalam drama melayu tu! 

Cut it short yang merepek2 tu
Sekarang i just nak share pengalaman sendiri. Mana tau boleh dapat membantu siapa2 yang baca

Tips sebelum menempuhi hari2 mendatang

  • Masa ni tak perlu la kau gi cari kawan2 atau sedara mara JPJ untuk mintak tolong clear nama! Buang masa! 
  • Relax dan bertenang dunia belum berakhir
  • Tulis la reminder tarikh perbicaraan korang. Supaya jangan terlupa tarikh perbicaraan. Tarikh perbicaraan kes korang ada mention di slip saman dari JPJ
  • Masa ni maybe you'ls boleh dah start menabung. FYI, berapa jumlah denda exactly takda sapa tau. Masa hari perbicaraan tuan hakim yang akan decide berapa jumlah yg korang kena. Setiap orang berlainan!
  • Masa ni i banyak gugel pengalaman berapa jumlah denda. Actulally mmg agak scary jugak la. Yg pernah i baca ada sampai kena dlm 3k dan paling kurang dlm 5-6 ratus. Cuak weh! Banyak tau amount tu dengan keadaan ekonomi poket tak baik. Huhu nangis gak la pk.
Tips sehari sebelum perbicaraan bermula
  • Siap kan baju nak pakai esok. Kena pakai FORMAL okey! Jangan pakai selipar, seluar pendek, aksesori, topi, spec, jgn pakai baju menjolok mata. Nak selamat kalau laki pakai kemeja dan berkasut. Dan untuk perempuan pakaila baju kurung yang sopan.
  • Make sure duit dah ada ya anak2. Duit tu tak perlu bawa cash. Just make sure ada dalam bank! Ops lupa nak bagi tau. Mahkamah tak terima cash. You'ls kena bayar pakai card. Rasanya zaman skng semua ada debit kan? If takda?? Pergi la pinjam kad sapa2 dulu. Di ulangi cash diorng tak terima. 
  • Sehari sebelum nak naik mahkamah, korang pk la apa nak cakap. Tulis siap2 supaya nanti point2 penting tak tertinggal
Tips di hari perbicaraan
  • Datang awal! Suami i 7.45 dah gerak dari rumah walaupun mahkamah dari rumah i tak sampai 5 min 😂
  • Matikan HP atau silent mode
  • Make sure IC letak siap2 kat poket. Jangan nama dah panggil baru nak keluarkan semua mak nenek dalam purse! 
  • Sedikit tips, jangan panggil Hakim dengan panggilan encik / cik. Nak senang panggil Tuan Hakim sahaja
  • I nasihatkan korang mengaku je bersalah! Takyah nak pjg2 cerita. "Ya saya mengaku bersalah Tuan Hakim dan saya merayu untuk di kurangkan denda" 
  • Kalau korang tak mengaku bsalah, kes korang akan dilanjutkan pada tarikh lain, dan korang kena hired penguam untuk lawan kes tu. Makan ribu2 ooo ! Sanggup?
  • So bila korang mengaku bersalah, Tuan Hakim tu akan bg peluang untuk korang buat rayuan, so masa ni la korang kena lontarkan kenapa dan mengapa. Masani buat muka seposen habis! Tak payah nak sengeh2. Guna bahasa yang mudah di fahami! Jangan pulak korang guna bahasa pasar atau ayat2 wechat
  • Dah siap dibicarakan Tuan Hakim tu akan bg jumlah denda yang korang akan kena. Ni part paling penting, duit wajib ada! WAJIB! kalau haritu korang tak mampu bayar, korang kena masuk lokap tau! 
I tak boleh nak share berapa denda kami kena sebab i taknak you'ls pegang berapa kami kena tu sebagai batchmark. Sebab denda setiap orang berbeza. Pada I, kami sgt2 bersyukur denda yang dikenakan mmg tak masuk akal. Tak terfikir sebanyak tu. Cuma apa yg i boleh pesan, sebelum pergi tu call la parent, minta mereka doakan kita. Dan aku percaya doa mama dan ayah dengan izin Allah memudahkan urusan suami i 




Saturday, April 6, 2019

Review Ikhlas : Set Nasi + Ayam di Food Court Giant Kulim


Nampak menyelerakan ? 
Yes! Rupa, rasa, portion, price sangat berpatutan. Tak berapa berani nak bg exact price , but if not mistaken dlm rm5.50 mcmtu je


Kalau duk lepak giant kulim (atau nama lain dia "Landmark Kulim") nak save budget nak makan murah2 boleh la naik tingkat 2, ada food court. Ada satu kedai je jual set nasi ni. Mmg berbaloi! 

⭐️⭐️⭐️

Review Ikhlas : Kuew Tiaw Oyster Kulim


Actually i'm really big fan chinese food and of course la halal kan. Tapi area Kulim buat masa ni boleh di consider tiada lagi kedai chinese food yang halal sehebat Restaurant Mualaf Raub mahupun Chan Abdullah yang banyak di sekitar KL dan Selangor. Actually ada satu di area Kulim baru bukak and i reallg super excited nak try.

Tapi disebabkan agak menghampakan i tak mention nama kedai la ya. 

Dua kali i kesini masa awal2 buka. First time sangat menghampakan lama juga la i nak kesana semula. Yg second time tu jadi nak tepergi sbb i ada simpan harapan yg mana tau diorng dh improve kan. Huhu

That time i order Nasi Ayam dan masa tgk menu i mcm ternampak menu special so nak try mana tau kebabom. 


Dari gambar ni u boleh tgk, maaf nak cakap byk telur dari keuw tiaw. Kalau u all zoom pun yg kuning2 atas tu telur ok! Haha puas kuis2 sejemput je keuw tiaw. Oyster dia agak besar dan ok la. 
Price dia i lupa tapi yg paling i ingat agak mahal tak setanding langsung dgn rasa dan portion.

Really hope one day ada restaurant mcm Mualaf atau Chan Abdullah akan wujud di Kulim. Amin.

⭐️