Followers

Welcome!

Dear readers, Thanks for visiting my blog. This blog is all about me, what deep'in inside, and my journey. Thanks also with all ur support and ur comment. I will try to update it in a timely manner. For those that not interested plz get out frm my page. thanks - amy

Monday, February 11, 2013

Kisah Shila Amzah

Nak kata kenal tu memang la idak.
Tapi cerita kisah si Shila Amzah ni mmg tengah ngetop top top sekarang ni seperti goreng pisang panas yang di jual di UK untuk student disana. *start merepek kerepek dah aku kheen*

Sebenarnya aku ni bukan la peminat kipas mati Shila Amzah atau pun peng’anti berani mati dia jugak tapi kisah dia ni mmg banyak pengajaran yang kita boleh ambil dan pelajari

Siapa Shila Amzah?
Lerh.. tak kenal ke? Meyh sebelum iolls merepek kerepek bebelan seterusnya,
Shila Amzah ni anak ND Lala. *jangan uolss Tanya plak sape ND LALA. 
Please Google :P

Kalau di Malaysia ni memang ngak kenal sangat deh, masuk pertandingan pun ngak menang jugak dong

Tapi selepas dia masuk pertandingan Asian Wave, so dia menang. 
Hadiahnya RM 2.5 jutass ye! O_o humaiii 
So dia sinun (China) dia sgtla dipujai ;)

Ok.

Kisah percintaan yg tengah hot sgt diperkatakan.
Sebenarnya apa yg terjadi tu, kita sebagai bukan tuan tanah kedaung ataupun tuan badan, boleh kutip sejuta pengajaran dari kisah diorg.



First time bercinta I Lap U, U Lap I

Tak salah kalau kita saling mencintai, tapi kadang-kadang ada batas,
batas yg i cuba maksudkan ni dari segi "show off"
kalau tak jadi, dah jadi buah mulut orang apatah lagi kalau anda seorang retis :)

Belum berkahwin, dah anggap macam laki bini. tak boleh gituww!

Pegang-pegangss? i rasa uolss pun tahu dan cukup besar untuk tahu mana boleh dan mana tak boleh.

Kedua, Kongkong! 

Bukan gonggong ya adik-adiks.
Belum kawin dah kongkong, dah kawin kena ikat pulak ke?
Mengongkong bukanlah tanda kasih sayang lap lap tu dik.
Tak perlu nak mengongkong untuk tunjukkan tanggungjawab
banyak lagi perkara untuk tunjuk u syg dia.



Ketiga, Bakal suami always using bad word, berkeras, mengamuk tak kena tempat, memalukan kita didepan umum pastu pakej sekali dengan biadap dengan mertua 


adakah itu lelaki idaman melaya atau ini contoh lelaki yang bakal jadi ayah pada anak-anak kita?
Inikah yang kita boleh gelar KASIH SAYANG ABADI.. puiiiii
fikirkan.


ke empat, apabila kita sering mengambil jalan mudah dengan menutup mata,
takpe sayang punya pasal ;)




Ke Lima, sebelum berkahwin pun dah biadap dengan mertua, 

so selepas kawin uols ingat boleh ke dia jadi seorang yang bertukar menjadi sopan santun?
Ini kah contoh lelaki yang kita nak atau mahukan?
Kalau aku ada anak pun aku tak hengen nak menantukan hang.

Shila commmonnnn!



video menangis sambil menyanyi lagu Ombak rindu rinduan

Ke Enam, yang ni tindakan paling bodoh untuk u sebagai seorang artis.
Rasanya tak perlu bagitahu satu dunia, yang kita tengah patah hati sambil pakai baju putih, nangis and petik gitar.

We know u sad! 

Paling kuat u nak upload jugak, just send to your parents or Sharnaaz personally.
I sebagai perempuan, faham and we know now u sangatla sedih. Sapa tak sedih when percintaan putus, plus parents tak restu.
but kita sendiri kena cerdik untuk tangani kesedihan kita.

jangan terkejut when adalah yang gatal tangan buat parody or buat lawak dalam Maharaja Lawak tahun depan. -_-'

Paling paling penting, redha dan restu mak ayah yang paling penting
kadang-kadang mungkin mak ayah tak restu bersebab,
and uolss berdua tak salah kalau berusaha nak tangani hati mak ayah if betul2 uolss dah cinta tahap mati.


So untuk mengakhiri post kali ini, i titipkan kata-kata nasihat dari Fynn Jamal khas untuk Sharnaaz and Shila

aku kampung sikit bab nikah kawen ni. bagi aku-- cinta mati tahap tertonggeng cane pun, mak bapak cakap: jangan / nanti / tengok dulu--aku patuh.
dua puluh tahun hidup--tahi dicebok, makan disuap--pasal cinta kau humban mak bapak dalam lombong--memang kalau ada depan aku--aku bahasakan.
tak kiralah kau siapa.
kalau aku kenal, aku pakej dengan penampar. kalau tak kenal-- jenis bertekak depan orang kat bus stop pun aku mmg kasi tepet je.
orang tua kita tak sempurna. KITA pun satu hari akan tua. kita ni--sempurna?
orang tua tetap orang tua. ada bahasa sikit. kau nak anak orang. kalau jadi kawen, seumur hidup kau hadap orang tua pasangan kau.
orang tua2 dah pesan: sebusuk2 daging, direbus dimasak; dimakan jua.
darah daging tetap takkan putus.
belum kawen dah kongkong pasangan mengalahkan mak bapak dia--kau siapa?
kalau aku jadi orang tua pun aku tak hingin menantu macam ni. anak aku terkinja2 nak pun-- memang aku lari2.
ye la. kang aku sound tepet aku tak kenan kang--anak aku gantug diri.
kesian orang tua. orang muda banyak mulut zaman ini. ada saja jawab dia.
semua benda nak ada hak bersuara.


kbye.

7 comments:

  1. Setuju. Hubungan cam tu tak ke mana. Masing masing duk letak maruah di kaki. Buat malu betul. Anw, best laa cara awak tulis entri . peace :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak aii. tq adib sbb suka. *kembang sekejap* harap ikhlas la yek :)
      pasal entry tu, kita sama2 ambil ikhtibar.

      Delete
  2. Yang penting restu org tua.... mungkin masa ni derang rasa frust menonggeng... percayalah.. 10 tahun nanti derang akan faham perasaan parents derang...

    ReplyDelete
  3. sangat2 setuju dgn entry awak :D

    ReplyDelete
  4. utk ND Lala..
    anda seorang ayah yang inginkan perkara yang terbaik untuk anak

    utk Shila
    anda seorang yang berbakat,cantik tapi sikap anda mengikis sedikit demi sedikit perasaan minat sy terhadap anda..cinta boleh dicari di mana shj..kalau org tua?tak leh nak cari..mmg takde spare part kat dalam dunia ni..

    utk sharnaaz..
    aku taknak komen pasal hang..meluat..oppss..satu je..HORMAT ORANG TUA..

    ReplyDelete