Followers

Welcome!

Dear readers, Thanks for visiting my blog. This blog is all about me, what deep'in inside, and my journey. Thanks also with all ur support and ur comment. I will try to update it in a timely manner. For those that not interested plz get out frm my page. thanks - amy

Wednesday, December 19, 2012

Penjagaan rambut

Tumblr_lyxp1bsjty1qhbtbio1_500_large

Baru-baru ni someone ask me 
"Shampoo mana yang elok nak dipakai ni?"

Dengan penuh kesungguhan i pun terangkan dengan jitu lagi ikhlas dan tulus.
"bla bla bla"

U know what she say? 
"Hurm... banyaknye nak kena beli..Tak jadi la nak jaga rambut!"

volleyh plak gituuu kheenn.. *fengsan mak sekejap*

dik non sayang, kalau nak cantik mmg la banyak duit keluar
kalau gitu u can use shampoo bawang je la. Kompem jimatss :P

ingat senang ke nak jaga rambut? i sendiri mengaku banyak berhabis untuk rambut. Sebab rambut i gedikss sket. Sebab tak jaga time kecil2 dulu kan. 
*fengsan mak sekali lagi* 

mmg la duit banyak habis. tak nafikan!
orang lain i tak tau la how u jaga your hair but 
i ade je kawan yg sabun badan leh pakai letak kat rambut membawala 
sampai jadi pencuci muka skli. 
3 dalam 1.. :P
i nak gak buat gituee tapi tak boleh!
mampus kejung rambut macam kena sambar letrik la jawapnye!

kalau nak jimat sket i penah je guna daun bunga raya. 
Daun bunga raya tu i kisarkan then lumur atas kepala then pakai shower cap. 
mmg result dia lembut la rambut hangpa.
selain tu ade je i dengar petua letak santan la apa la. 
hurm.. i tak amalkan memandakan bau dia yg kurang best :P

meyh i ajar sket apa yg i amalkan la for penjagaan rambut ye

1. Mula2 hang shampoo kepala hang dengan shampoo mana hang berkenan dan sesuai untuk hang. 
*pesal cakap utara plak ni.* pemilihan shampoo yang betul perlu la dititikberatkan. tengok la masalah pe rambut uolls kan. 
kalau rambut kelemumur jgn la pakai shmpoo 
untuk rambut guguq plak. -_____-'!

2. Masa shampoo dengan penuh keasyikan tu elak guna kuku ya adik2 sekalian.. nanti luka kulit kepala tu maka senanglah penumbuhan kelemumuq terjadi. Gunakan jari jemari yg muntok itu sj yek darlings.. 
Masa bilas tu i prefer guna ayaq suam sket. 

3. Perah dengan lemah lembuts dan penuh kasih sayang sket bagi ayaq dah tak bertakung. haha.. pastu letak conditioner sket kat hujung rambut. 
HUJUNG RAMBUT ya adik2 smua.. Jangan terkena plak kulit kepala hangpa.. Tunggu la dalam 10 minitsss gituww pastu bilas dengan ayaq sejuk sket. Basuh cuci2 naaaa.. Jangan sampai ada lekit2 tu lagi. 

4. Keringkan rambut hangpa dengan towel yg keringss.. elakkan uolss kasaq2 bila nak keringkan rambut.. ni idak, hangpa duk keringkan macam nak tercabut otak skli.. buat la dengan penuh kasih sayang dan suci murni. haha.. 
Kalau volleyyhh elakkan kering gune hair dryer.. 
sbb nanti rambut cepat rosak.

5. Dah kering sket, hujung rambut tu hangpa smua bolehla letakkan sedikit serum atau vitamin rambut. HUJUNG RAMBUT YA.. jgn terkena plak kulit kepala hangpa.

6.Seminggu sekali, hangpa boleh la buat treatment rambut kat umah mahupun di salon yang berdekatan ;)
if hangpa malas, buat sendiri kat rumah, lumuq je treatment tu kat rambut hangpa, gunakan sikat yang besaq sket keluasan dia. Pastu dah rata smua boleh tutup guna towel panas ataupun shower cap ;) senang bukan. Kalau terlebih rajin, bolehla bawak treatment hang tu pegi salon, kata kat depa yang hang nak treatment rambut. 
Dia charge murah la sbb bawak sendiri treatment sendiri. 

Gitu la alkisahnya nak menjaga rambutss anda

Pantang larang dari iolss ialah ..

1. Jangan la hangpa gune getah rambut yang ikat lauk tu. ayo ayo.. rambut mudah rosak dan putus.

2. Kalau buat rebonding, jgn skli2 gatai pegi potong rambut! after 3 bulan baru volleyh! kalau uols buat jugak, alamatnya rambut hangpa akan jadi kembang seperti singa. If la terjadi dan dah teraccident, uols terpaksa extra jaga la plak. After 3days rebonding, cuci elok2 rambut hangpa. Pastu letak conditioner mcm biasa, and kena kerap letak serum/vitamin kat hujung rambut.

3. Elakkan pergi salon terlalu kerap (maksudnya dalam seminggu tu smpai 4 kali pergi) untuk cuci rambut. Sebab diorang ni cuci rambut hangpa guna kuku, and lama... dan diorang kan akan blow kan rambut so tak elok untuk rambut bila selalu ngat kena blow. 
so potensi rambut hangpa rosak dah gugur pastu kulit kepala mungkin akan luka dan kelemumur mudah beranak pinak dikepala. Kalau nak pergi pun sebulan tu dalam 3 kali cukup.

4. Untuk yang bertudung, elakkan la pepagi nak pegi kerja atau skolah tu cuci rambut. sebab percaya la cakap iolss, sebab u takkan sempat nak keringkan rambut dengan betul. When rambut tak kering betul, uols terus pakai tudung, akan terjadila kisah rambut berbuah dan hapak piak. haha. 

5. Kalau ikat rambut jangan kuat2 sampai nak tercabut kulit kepala.

6. Elakkan shampoo terlalu kerap. Kalau kerap sangat shampoo nanti rambut u akan keringss.. I selalu akan selang sehari shampoo, 
contoh i bagi ya, 
Isnin u shampoo+conditioner+serum, 
but hari selasa tu u still cuci rambut but u just guna conditioner +serum. 
Kirenye takyah shampoo.*pahamkan apa yg i cuba smpaikan ni* 
Buat selang2 gituww..

7. Kalau nak potong rambut jangan terlalu mempercayai salon yang uols tak tahu tahap kehebatannya memotong. I dah selalu terkena ngn salon hampeh gini. Resultnye rambut uols tak macam diharapkan.. dan u rasa mcm nak sepak je tukang potong rambut tu. Better pergi tempat yg mmg profesional betul biar bayar mahal sket tapi puas hati.

8. Kalau bolehla, elakkan beli shampoo yang dijual dipasaran yang jual di supermarket tu smua.. Ni my friend yg pakar dlm bidang hairstylist habaq kat i yang kandungan chemical yg ada sgt la merbahaya untuk rambut. Kalau ada duit lebih sket belilah shampoo2 yang lebih organic tak pun tanya pada yg pakar. Mahai sket takpa aiihh.. nanti kalau duk guna yg murah pastu rambut rosak, habis duit nak buat rawatan rambut pulok! jimat pun biar la bertempat.   

I rasa ni je kot yang i nak bebel. haha.
nak dekat 5 jam i pk nak wt entry ni. 
apa yg i bebel kat atas ni totally dari experience i sendiri.
Apa yg i buat sekarang dan yg pernah terjadi kat i dari kesilapan sendiri. 
so hope skit sebanyak bolehla jadi panduan. cewaah! 
kbye from now

No comments:

Post a Comment