Followers

Welcome!

Dear readers, Thanks for visiting my blog. This blog is all about me, what deep'in inside, and my journey. Thanks also with all ur support and ur comment. I will try to update it in a timely manner. For those that not interested plz get out frm my page. thanks - amy

Tuesday, October 14, 2014

Makanan yang Dibenarkan semasa proses Induction


Induction phase adalah peringkat PALING terpenting sekali didalam Atkins.

Induction dilakukan sebaik-baiknya dilakukan selama 
2 minggu (paling kurang)
6 bulan sehingga 2 tahun ( paling lama)

based on keadaan kesihatan dan berat badan uols.

so ada jugak yang bertanya bila nak move ke setiap phase
uols boleh baca di link berkenaan Peringkat di Dalam Diet Atkins

Makanan yang DIBENARKAN di ambil ketika berada di Induction Phase:

1. Ayam -
Tak kisah la nak panggang, steam, bakar, goreng dengan minyak (tanpa salut tepung), nak buat sup etc. 

Ada jugak tanya, 
makan kulit ayam boleh ke? - jawapan dia boleh dik. mmg tak ada masalah langsung
fyi, semua jenis part ayam makan la byk mana nak makan, kaki, bontot, leher
Syaratnya jgn gatal2 letak penambahan bahan yang telah dilarang 

Makan hati, pedal ayam? yang part dalaman ini boleh dimakan, but jgn makan terlalu kerap.


2. Ikan -
Sama jugak macam ayam. macam2 cara boleh dimasak. tak kisah la ikan dari laut ataupun sungai termasukla kolam.
cuma kalau ikan bilis agak masin, nak masak leh basuh dulu dengan air.
kurangkan kandungan garam.
ikan masin / jeruk - jangan makan!


3. Daging -
Rusa, lembu, kambing, itik , burung puyuh , cornish hen, angsa, turkey, ostrich  boleh dimakan
cara masak pun sama macam ayam.


4. Udang -
Boleh di masak seperti ayam. 
tolong elakkan makan sotong kerana carb tinggi


5. Sayuran -
Sayur HIJAU sahaja. Lagi hijau lagi bagus
sawi, bayam, salad, timun antara makanan popular dikalangan atkiners


6. Keju -
Cheddar, mozarella , parmesan
Limitkan kepada 2-3 keping sehari sahaja


7. Air Minuman -
Selalu soalan ni diajukan. Nak minum apa?
jawapannya air yang dibenarkan minum adalah air kosong / masak / mineral dan Tea Hijau tanpa gula. 
tak kisah la panas, suam mahupun sejuk.
ada jugak atkiners yang ambil tea tanpa gula, nescafe decaf, kopi - kalau boleh cuba elakkan 
dalam atkins minum air sangatlah penting.
Pengiraan pengambilan air setiap hari adalah:
25kg = 1 Liter air
Bermakna kalau berat uols 100kg total minum sehari perlulah 4 liter dan lebih
tak boleh kurang.


7. Telur Ayam -
Nak goreng, rebus, kukus, ikut uols la.
berapa biji sehari?
kalau i, i makan antara 3-5 sehari
tapi ada je otai2 DA makan lebih dari itu.


7. Oils & Fat -
boleh diambil BUT approximately 1 sudu
cth butter, mayonis (makesure no sugar adding), Olive Oil, Vegetable oil
Penggunaan Olive Oil hanyalah untuk sauteing sahaja bukan untuk mengoreng masakkan


7. Sos -
Sos nandos antara sos yg low sugar didalamnya
antara yg low adalah garlic, peri2 hot. make sure check nutrisi belakang untuk check kandungan carb, gula, dan sodium (garam)
Untuk sos pula jgnla amik smpai berkilo2 cukupla sehari dalam 2 sudu shj.


ok ni antara makanan yang dibenarkan
sikit je kan yang boleh dimakan berbanding yang tidak boleh?
so dari sekarang tanam dalam diri
"complaining / excuses won't burn your calories"


No comments:

Post a Comment