Followers

Welcome!

Dear readers, Thanks for visiting my blog. This blog is all about me, what deep'in inside, and my journey. Thanks also with all ur support and ur comment. I will try to update it in a timely manner. For those that not interested plz get out frm my page. thanks - amy

Tuesday, October 14, 2014

Makanan yang Dilarang semasa proses Induction


Induction phase adalah peringkat PALING terpenting sekali didalam Atkins.

Induction dilakukan sebaik-baiknya dilakukan selama 
2 minggu (paling kurang)
6 bulan sehingga 2 tahun ( paling lama)

based on keadaan kesihatan dan berat badan uols.

so ada jugak yang bertanya bila nak move ke setiap phase
uols boleh baca di link berkenaan Peringkat di Dalam Diet Atkins

Makanan yang DILARANG di ambil ketika berada di Induction Phase:
DILARANG disini bermaksud tidak dibenarkan mengambil walaupun sesenduk, sesuap, sesudu mahupun secubit. Jangan degil!! 
U cheat U GEMUK


1. Nasi - 
tak kisah la beras basmathi, beras cap rambutan, beras coklat putih merah takpun beras nak bagi ayam. Big NOOO


2. Mee - 
Semua mak nenek mee mmg tak leh amik, termasukla meehon, laksa pasta, kuew tiau etc


3. Roti -
Roti canai, roti gardenia, bun , roti jala, roti bakor asalkan nama dia roti tak kira bangsa dia dari cokelat, putih sampai la roti yang rentung, jgn gatal makan!


4. Gula -
segala jenis benda yang korang rasa manis mmg di larang sama sekali dimakan. Gula putih, gula kasar, gula halus, gula merah, gula kabung, madu etc


5. Buah - Buahan -
Semua jenis buah-buahan tak kisah la dari Msia, Indonesia mahupun dari Alaska sekalipun tidak dibenarkan makan.


6. Minuman yang Manis -
Jus buah, air sirap org kawin, air bergas, air dalam tin, air dalam kotak, dan tak kisah la coke diet or tak berapa nak diet jgn minum
kopi or nescafe decaf? - plss kurangkan. kalau tak minum langsung lagi bagus.


7. Junkfood
Segala jenis jajan cannot. Twisties, biskut, nanchos, pop corn, potato chips, jeruk etc


8. Kekacang -
semua jenis bentuk kekacang. big noo.


9. Makanan berproses -
Apa2 sahaja makanan yg uols beli di market yg difrozenkan tidak dibenarkan sama sekali cth daging burger, sosej, fish ball, chicken ball etc. Walaupun uols check kat belakang nutrisi dia rendah carb, but pls avoid. pls n pls.
Nak kuruskan?
p/s : daging cincang yg beli frozen pun pls elakkan. sbb ada hidden carb.


10. Tepung -
Makanan yang berasaskan tepung, kek, cekodok bawang, biskut, apa2 je la yg bertepung. tak boleh ambil


11. Sos & Kicap -
Yang ni adalah diantara masalah besar sapa yang nak ber atkins, sbb theyols suka sgt nak mencicah dgn sos la , 
atas alasan alaaaa sikit je, 
kalau yg buat telur separuh masak, gatal nak letak sikit kicap, 
atas alasan nanti mual la, tak biasa la. bla bla and bla
semua makhluk jika dia nama sos tak kisah la sos cili, tomato, thai, tiram etc mmg tak boleh ambil. termasukla kicap.
p/s : ada satu sos yang dibenarkan di dalam atkins. nanti check makanan yg dibenarkan. 


12. Sayuran yang ber Carb tinggi -
segala jenis ubian, lobak. Nak senang camni kalau tgk sayur tu warna BUKAN HIJAU jangan makan. boleh camtu?


13. Tenusu -
Tak kisah la yogurt, susu rendah lemak atau tak, dadih semua tak boleh.


14. Bahan Perasa Makanan -
Semua jenis perasa makanan tak kisah la serbuk atau kiub, pak ajinamoto tak dibenarkan sama sekali diambil.


14. Others / pesanan penaja
a) jangan makan sate, walaupun dia berasaskan ayam. 
tapi bahan perap ada gula/madu

b) keropok lekor - walaupun berasaskan ikan, tapi ada tepung

c) nak goreng ayam jgn guna serbuk kunyit - kunyit atau serbuk tu carb tinggi

d) jangan beli makanan yg dimasak diluar / tapau -sebab for sure la tukang masak dia akan letak sos sket, bahan perasa sket, tepung sket.

e) jangan ambil garam byk sgt. 

f) fast food - terutama KFC, sbb ada otai ckp tak apa makan tapi cabut kulit (kerana kulit ayam kfc kan salut tepung) iols susah nak explain but in my own experience i makan ayam KFC berat payah nak turun dan mengganggu ketosis i.  

g) sardin dalam tin - sebab ada sos dia dan kandungan gula yang tinggi. kalau teringin sgt nak makan sardin boleh basuh sos berkenaan or ganti dengan tuna in water.

f) ikan masin / ikan dijerukkan - jangan makan. sbb kandungan garam sangat tinggi dan ikan jeruk gula dan bahan pengawet tinggi

g) elakkan makan sotong. sebab sotong carb tinggi

f) continuee


No comments:

Post a Comment