Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Walaupun perkara pahit menimpa,
Walaupun perkara menyakitkan menjenguk,
Walaupun perkara sedih datang menyapa.
Walau perkara buruk berlaku.
Percayalah, akan ada manis di akhirnya.
Kadangkala,
Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh.
Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat indah.
Subhanallah, indahnya aturan Allah.
Redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua.
Didalam setiap perancangan itu,sertakanlah dengan doa pada Allah.
Redha lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang.
Terimalah setiap ketentuan Ilahi.
Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hamabNya.
Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia,
semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat
No comments:
Post a Comment