berapa ramai di antara kita yang lebih suka bilik dari berada di ruang keluarga? lebih rela makan sendiri dari duduk semeja ketika semua orang di dapur bersama? lebih mahu baring di sunyi katil berbanding melayan mak abah kita membebel bodoh2 ketika menonton televisyen yang kita memang tahu tidak seilmiah mana?
dan sebagai ibu dan bapa-- berapa ramai di kalangan kita yang lebih selesa menembokkan kesibukan di antara kita dan anak2 kita? lebih mudah menyiapkan kerja dari bertanya soalan2 tentang apakah ada siapa2 yang membuli anak kita dengan perkataan dan bahasa neraka di sekolah mereka? yang nauzubillah lebih rasa senang untuk tidak bertanya kerana kita merasa mencari jalan mencari duit adalah lebih perlu untuk mereka berbanding bertanya tentang kesihatan mental anak2 kita?
tak mudah menjadi ibubapa.
kalaulah tidak susah, tidaklah ia sesuatu yang terlalu selalu disebut2 dalam kaalamullah. pekerjaan yang amat sering diulang2 berbanding berniaga, berternak dan bertani.
ya. menjadi ibubapa adalah suatu kerjaya.
profession yang perlukan komitmen seumur hidup malah lebih lama.
keberjayaan seorang ibu dan bapa adalah diukur apakala terhenti nafas kita--
pada berapa lama komitednya anak kita menyedekahkan doa2 memuliakan kita seusai lebur jasad kita dalam kubur nanti2nya.
allahu.
betapa kita ini tidak ada daya dan kuasa.
tidak ada perfect parenting.
membenih anak tidak menjadikan kita ibu dan bapa.
apa yang terbukti cuma kau mampu menumpangkan nyawa di jasad yang kau sendiri pinjam dari tuhan.
kalau itu timbang-taranya
beruk di hutan juga melaku yang sama.
ini bukan entri menuding2 siapa ibubapa tersohor di kalangan kita.
kita semua sempurna dengan cara kita, tersompek dengan kaedah kita.
have we done enough for them?
dan ibu dan bapa sekalian
termasuk aku sendiri, bakal parent insha Allah.
there will not come a day when people would stop judging you
your styles, your ways.
tapi teruslah apa yang kau sedang teruskan.
kalau itu yang terbaik yang mampu kau bagikan
teruskan.
dan jangan lupa ikhlaskan.
"kalau hari ini anak kita perlukan kita dan kita tolak2 dia, sibuk dengan kesibukan kita, buat mereka rasa mereka tak ada kita untuk berbual sama2
esok2 jangan baru terhegeh nak tanya kenapa anak kita tolak2 kita, sibuk dengan kesibukan dia, buat kita rasa kita tak ada dia untuk berbual sama2." - Ustaz Don
anak2 kita
kawan2 kita.
bukan tuding sapa2 hanya untuk peringatan kpd diri sendiri
No comments:
Post a Comment