betapa baiknya Allah yang menyimpan aib kita
kalau al-khaliq SENDIRI sudi menutupnya
kita siapa hendak dengan megahnya menyelak dan membuka aib orang2 kiri-kanan kita.
jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;
dan jangan sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.
semalam adalah selayaknya dibiarkan pada semalam.
kayu ukur kepada siapa kita adalah hari ini.
dan tidak ada siapa di antara kita yang berhak bercakap tentang esok2 kerana setiapnya cumalah suatu yang mungkin dan tak ada pasti.
kita dengki sesama kita.
kita runsing kalau kita yang terpaling lemah dan goyah imannya.
maka kita tuding2 pada orang
moga2 lemah dan goyah kita tersembunyi di sebalik lemah dan goyang orang yang kita suruh orang pandang.
kalaupun tak mahu pimpin
jangan pengkeskan kaki mereka.
tak cakap pada sesiapa
hanya renungan untuk diri sendiri cuma
No comments:
Post a Comment