hari ini Allah duga
dugaan hendak melihat sejauh mana aku boleh menyimpan aib orang
bukan dicari, tetapi dengan tak diduga dengan kuasa Allah
aku dapat tahu dari seseorang.
kawan aku datang pucat muka
tergamam terkejut mungkin dengan apa yang dia lihat
aku hanya mampu geleng kepala
tak sangka
terlalu meleset apa yang aku fikirkan pasal dia
that why pepatah ompoteh pernah berkata
"don't judge book by its cover"
Kadang2 terfikir,
Kita dipandang baik
Kadangkala bukanlah kerana kita benar-benar baik
tapi kerana Allah menutup aib yang ada pada kita
Barangkali kalau aib kita dibuka didedahkan
Tidak ada satu kebaikan apa pun pada diri kita di mata manusia
me with my friend dah berjanji
akan simpan rahsia ni
sebab aib orang kena jaga
biarlah itu antara dia dengan Allah
sesungguhnya besar dugaan aku kali ini untuk menyimpan aib dia.
bukan sekali dua mulut ni ringan nak menceritakan
jahat sungguh syaitooonn!!!
terus cakap dengan diri sendiri
"apa akan jadi kalau Allah buka aib kau seperti aib orang berkenaan?"
terus tak jadi!! syaitoonn mmg cuba sedaya upaya
InsyaAllah, i will keep it as secret for the whole my life
harap aku kuat dengan dugaan Allah bagi kali ini.
Amin.
No comments:
Post a Comment