
Kita semua bukan kita 5 tahun dahulu
Kita semua bukan kita 3 bulan lalu
Kita semua bukan kita 4 saat tadi
Kerana kita manusia dan kita percaya pada word
“membetulkan diri dari
baik kepada lebih baik”
Jangan hukum seseorang hari ini demi tulisannya sebelas ribu tahun yang
lalu
Bagaimana bernanah dia, sekurangnya dia sedang bertatih kini
Bagaimana pujuk dia agar dia terima Tuhan, itu antara dia dengan rabbi
Jangan tunding seseorang hari ini demi dirinya atas apa yang kau
taksirkan pada mata kamu
Bagaimana berulat dia sekurangnya dibangkit semula esok pagi
Bagaimana busuk dia, mungkin dia yang mendapat sempat berbanding kita
sendiri
Sibuk-sibuk busuk orang
Mulut sendiri lupa diperiksa
Sibuk-sibuk ketiak orang
Badan sendiri lupa dijaga
Kita semua pendosa
Mungkin masanya berbeza-beza
Mungkin dosanya tidak pun sama
TETAP…
Tiada kalangan kita yang sempurna
Syurga terlalu luas untuk kau lokekkan
Apa seronok merasa nikmat tanpa ada sesiapa untuk kau kongsikan?
Apa bahagia mengomol keindahan tanpa ada siapa-siapa untuk kau samakan?
Berhentilah menjadi Tuhan
Kalau tidak mahu dibantu tatihnya
Jangan dipengkes kaki mereka
Biarkan
Andai Rasulullah memandang masa lalu
Tak mungkin Umar menjadi Al-Khattab
Umar
Yang ketika kafirnya menanam hidup-hidup anak perempuannya
Yang suatu masa dahulunya bersekongkol ketat dengan Abu Jahal yang gila
Umar
Aku perlu biarkan demi suatu masa dibaca setiap satu persatu
Agar aku sendiri melihat betapa jauh perjalanan aku mencari Tuhan
Sehari seinci
Jadilah dari tak ada
Mana tahu satu hari nanti ada yang berkata:
“Kalaulah perempuan seburuk ini mampu kembali kepada Tuhannya”
Apa lagi aku
fynn
No comments:
Post a Comment