
sekarang ni banyak perkara yang boleh mengugat kesabaran
Hanya Allah tahu betapa sekarang ni saya seboleh-bolehnya cuba mengcontrol perasaan supaya jangan sekali kali hilang sabar
Setiap pagi, mulut tak habis-habis membaca ayat kursi supaya hari ni saya tidak akan melalui perkara yang boleh menggugat kesabaran saya sebagai seorang manusia.
Saya selalu ingatkan diri sendiri bahawa
"kita kena sabar amy, perangai manusia macam-macam. Kita tak boleh mengarah mereka berfikiran seperti kita atau bla bla bla"
Susah tau sebenarnya nak control our own emotion apabila kita berdepan dengan manusia yang sentiasa membuat kita boleh hilang kesabaran dan seolah-olah seperti sengaja menguji kita dan sengaja memaksa kita supaya marah.
insyaAllah, tak senang! memang tak senang.
Hanya orang yang berpekerti buruk akan melahirkan perkataan buruk walaupun berwajahkan seorang yang soleh.
Orang yang cerdik tidak akan sekali-kali mengeluarkan perkataan buruk secara sengaja atau telah menjadi tebiatnya yang secara langsung melambangkan keburukan diri sendiri.
sabar separuh dari iman.. ^__^
ReplyDelete