Biarlah berwajah senyum dan ikhlas menyambut tetamu lebih lagi tetamu itu datang menziarahi saudara yang sakit/ditimpa bencana/kesusahan.
Kita sebagai ahli keluarga dan taulan rapat menyambut dgn berbesar hati usah menyakiti hati mereka. Jagalah hati mereka jangan sampai menyinggung.
Jika kita tidak pandai menjaga hati orang lain dan bagaimana orang akan menghormati kita jika kita tidak pandai menjaga hati orang lain.
Kita harus sentiasa menyenangkan hati para saudara dan teman taulan kita. Setiap yang datang menziarahi itu satu doa.
Belajarlah berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana ada sudi datang mengunjung. Merendahkan suara dan merendahkan diri bila berhadapan dengan tetamu.
Jangan bernada tinggi, menyindir dan mencaci.
Kita hanya manusia yang tidak dapat membaca isi hati kecuali Allah.
Janganlah aibkan diri kita dengan akhlak yang bisa menjatuhkan maruah diri sendiri. Istighfarlah. Ucaplah terima kasih dan belajarlah berterima kasih.
WALLAHUALAM BISSAWAB
No comments:
Post a Comment