Followers

Welcome!

Dear readers, Thanks for visiting my blog. This blog is all about me, what deep'in inside, and my journey. Thanks also with all ur support and ur comment. I will try to update it in a timely manner. For those that not interested plz get out frm my page. thanks - amy
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Peringkat di Dalam Diet Atkins


Induction Phase
Sesi permulaan dan pengenalan
Tempoh : 2 Minggu atau lebih mengikut keadaan dan berat badan uols.

When to move ke phase yang seterusnya?

Selepas 2 minggu beratkins ini adalah waktunya
"decision time"

tanya dekat diri sendiri beberapa soalan ini:

uols still berat and terlalu byk lemak nak dihapuskan di badan 
so u should stay in this phase. still.

uols still craving atau rasa ngidam tahap meroyan n sampai termimpi2 nak makan carb. kiranya uols sgt struggling untuk menahan diri dari amik carb
so u should stay in this phase. still.

uols not fully compliant with this phase!
so u should stay in this phase. still.


You still have elevated blood sugar or blood pressure levels.
so u should stay in this phase. still.

Berat badan uols sgt slow turun seperti siput dan u tak aktif
so u should stay in this phase. still.


Phase 2
Ongoing Weight Loss
Penyusutan Berat yang berterusan

When to move ke phase yang seterusnya?

Jika uols punya berat turun dengan steady dan tinggal 10 pounds dari your goal weight. so ini adalah masa untuk berangkat ke phase seterusnya.
Sebab goal uols adalah untuk find a sustainable way of eating.
dan dengan hanya tinggal 10 pounds untuk di leburkan, so u punya masa untuk reintroduce the remaining carb foods.


IF uols belum lagi sampai 10 pounds dari goal or berat idaman uols but nak tukar ke phase seterusnya,
tanya diri sendiri beberapa soalan ini :

u tak mengalami tahap mengidam kepada makanan berunsur carb dan lapar yang tiada punca, thats mean tak lapar mana tapi still terasa nak mengunyah (unreasonable hunger).
Jika uols dah tidak mengalami simtom2 yg iols sebut tadi, so u boleh terus ke phase 3 and having more variety in your meals. Don't worry you can always return back to phase 2 to reboot weight loss if u stall out there.

so kesimpulannya, if u still experiencing cravings and extreme hunger before meals so stay lah dalam phase ini until the cravings and hunger vanished dan terhapus.  

p/s : dalam phase ni kemungkinan apa yang akan berlaku adalah, dia tak sama dengan penurunan di phase 1, dalam phase ini agak mengecewakan  dan ada sebahagian makanan yang dibenarkan di dalam phase ini boleh menyebabkan uols cravings dan undue hunger dan jangan terkejut mungkin dlm phase ni akan ada sedikit kenaikan berat badan. Dan fyi, uols mungkin akan menjadi extraordinary sensetip kepada carbs.
so, pada phase ini nasihat iols hanyalah dan harap uols pegang adalah
"be patient, and ramp up your activity level if possible"

Phase 3
Pre - Maintenance

Dalam phase ni uols must probably just 10 pounds dari berat idaman.
In this Phase, you will gradually see how much you can raise your daily Net Carb intake while exploring the final three rungs of the Carb Ladder.


Phase 4
Lifetime Maintenance 

Tahniah!! You did it!
You're finally in Phase 4. Lifetime maintenance
Generally, makanan yang u makan untuk di dalam phase ini, sama sahaja dengan makanan yang pernah uols makan. There are some foods you tried to reintroduce earlier without success that you can now handle. You can experiment with these foods at any time as long as your weight remains under control.



Tuesday, August 16, 2011

5 perkara wanita selalu lakukan

Memakai kasut tumit tinggi
Pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabakan masalah postur, tekanan yang berlebihan pada sendi dan penyakit seperti sakit belakang,kecederaan urat. Di nasihatkan supaya menggunakan menggunakan kasut tinggi yang tidak melebihi 1.5 inci

Membawa hand bag yang berat
Membawa hand bag yang berat boleh membaca kepada masalah belakang yang serius dan masalah leher kerana beban yang terpaksa dipikul diatas bahu pada setipa hari. Walaupun kesannya tidak dapat dirasa sekarang tetapi dibasihatkan supaya ubah tabiat ini dengan membawa benda penting dan tukar hand bag yang lebih kecil. Takkan nak tunggu kena baru nak berubah.

Tidak menanggalkan solekan semasa tidur
Akibat terlalu penat, kadang-kadang wanita tertidur tanpa menanggalkan solekan pada muka. tabiat ini boleh menyebabkan liang-liang roma tersumbat akibat dari kotoran dan minyak yang terkumpul semasa melakukan aktiviti harian. Selan itu juga, mata boleh gatal-gatal jika solekan pada mata tidak ditanggal


Menggunakan saiz bra yang salah
kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang boleh berlaku termasuk sakit pada belakang, leher dan buah dada, sesak nafas, kerengsaan kulit, masalah peredaran dan juga cepat marah. Dinasihatkan supaya berhati-hati semasa membeli.



Tidak cukup tidur
Statistik menunjukkan bahawa masalah tidur memberi kesan lebih ramai terhdap wanita daripada lelaki. Tidur boleh mempengaruhi tekanan darah wanita dan perasaan (mood) yang lebih daripada lelaki. Dibasihatkan supaya wanita mendapatkan tidur yang cukup setiap hari

Tuesday, July 26, 2011

modern bedroom



i nak my 'future' bedroom modern concept gituw:P.
color n design most important la kan.. actually bilik la tempat yg kena extra care.. because tempat kiter rest! .. nak kemas???
ermm.. abg apik, i nak maid bleh?? *chuckle* :P

Monday, January 24, 2011

pengalaman membeli MAC original dan MAC tiruan



just nak berkongsi pengalaman menggunakan MAC..
actually i love using MAC makeup!

situasi 1
dulu-dulu kan zaman aku kat kolej.. ade la kwn aku ni dia jual makeup jenama yg meletops! aku pun semangat ok.. aku tanye dia.. kenapa barang2 ni lebih murah dari harge asal..
jawapan dia ringkas
"ni akk aku ni.. dia dpt dr supplier MAC.. brg2 ni packaging rosak n ada fault sket2. tapi dr segi packaging la.."
n aku yg dungu ni angguk2 kan la kepala...
haha. tak tau ye tak!
tapi zaman tu belajar.. tak de nye nak beli makeup2. kalau nak beli pun takde duet ok =_="! kesian.. telan air liur jek la *walaupun murah*

situasi 2
mase ni aku tgk kat satu pasar mlm.. n aku tgk byk gile org jual MAC ! peh..! zaman bodoh2 okey! hahaha
n aku pun bertanye la harge.. pelik gak pesal MAC ni murah sesangat kan dr MAC biase.. setahu aku MAC mahal..
"knp murah?"
jwpn yg standrd same seperti diatas *malas nak ulang*
gamaknye diowang ni ade sendikit jwp smua same jek!

n zaman bodoh tak tahu tu pun berlalu.. haha...

aku pergi one butik ni la..
dlm satu tempat kaca tu dia letak cantik gile barang2 MAC
aku tgk sah2 FAKE!
tapi aku sj je nak tnye jwpn menda org ni nak bg kat aku! nak tgk kejujuran peniage skrng!

"ni MAC ori ke"

wah dengan yakin hanggukkan kepala tu!

"ya maaa.. ori ni.."

ok kawan-kawan! see.. senang ok kite kena tipu ! kalau u all nak tau.. MAC yg "fake" tu harge sejibik harge MAC ori! .. OMG! ni lagi kejam. :(

aku tgk MAC tiruan tu siap ngn pallete bagai.. gincu skli! haha..

erm setahu aku la kan! MAC nye pallete yg aku pegi ari tu... dekat RM 900 ok :'( sob sob!
mampu beli one color jek! kat MAC if u nak mcm2 color u akan pilih color which one u nak.. n baru dia letak kat bekas dia
*menurut kate jurujual yg aku pegi kat area sogo la kan! sambil telan air liur dgor harge*

aku nak bg contoh gambar pun tak de.. tapi moral of the story.. jgn la beli barang2 makeup yg dijual bukan ditempat jualan dia..
contoh korang beli MAC bukan tempat jualan MAC *pasar ke.. even butik pun jgn la percaye*
cosmetic lain pun same.! nak selamat.. better pegi kat tempat dia yg sebetulnye!
*walaupun korang tgk sales girl kat setiap MAC aku pegi muke berlagak nak mampus!*

Thursday, January 6, 2011

akibat menjatuhkan maruah org lain..

ingin berkongsi kisah benar!
bacalah n jdikan pedoman, supaya kita tak tergolong dlm golongan ini.. nauzubillah..

peringatan untuk diri sendiri :


Hadis Rasulullah SAW:

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”

Thursday, November 11, 2010

10 tanda dia jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.