Followers

Welcome!

Dear readers, Thanks for visiting my blog. This blog is all about me, what deep'in inside, and my journey. Thanks also with all ur support and ur comment. I will try to update it in a timely manner. For those that not interested plz get out frm my page. thanks - amy
Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar nabi muhammad (selawat dan salam keatas baginda)adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan


Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 21 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

10 Jenis Syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan

Iblis laknatullah itu sendiri.
Anaknya yang bernama Zalituun - Pakar dalam hal menggoda manusia ke arah sifat membazir dan bakhil.
Wathiin - Pakar dalam mendorong manusia berpra-sangka buruk dan putus asa terhadap Allah.
A’awan - Pakar yang ditugaskan khas dalam menggoda raja / pemimpin besar supaya bersikap sombong dan takbur serta zalim terhadap rakyatnya.
Haffaf - Pakar dalam menggoda manusia meminum arak / khamr dan benda memabukkan.
Murrah - Pakar dalam melalaikan manusia dari mengingati Allah dengan muzik, hiburan,gossip dan segala benda yang melalaikan.
Masuud - Pakar dalam membinasakan manusia melalui kata2 fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja dosa yg muncul dari lidah dan mulut.
Daasim - Pakar dalam merosakkan rumah tangga manusia dan menggoda ke arah zina dan maksiat.
Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
Lakhuus - Pakar dalam menyesatkan akidah manusia dengan menyembah api, batu berhala, bintang dan lain2.

Mereka inilah adalah 10 jenis syaitan yang dirantai di bulan puasa dan dicampakkan ke dalam lubang yang paling
dalam dan gelap di laut. Mereka ibarat kerabat diraja Iblis yang berdarah tulen dan mempunyai kedudukan hirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan Iblis.Mereka diberi umur yang panjang sehingga akhirat dan di bawah mereka ada askar2 jin dan syaitan yang bertugas untuk menyesatkan manusia.Bila mereka dirantai, anak buahnya masih lagi bebas di bulan puasa tetapi hilang arah tuju seketika kerana tiada sesiapa yang menjadi ketua. Ibarat askar yang tiada jeneral, mereka lebih lemah dan kurang upaya mengganggu manusia berbanding sebelum jeneral2 mereka diatas ada di atas bumi..
Wallahua'lam.

Friday, August 12, 2011

Kadar Zakat Fitrah 2011

Negeri
Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.30
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.30
Johor
6.50
Pahang
7.30
Terengganu
6.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan
7.60
Sarawak
7.50
Sabah
7.70
Wilayah Persekutuan
7.00

Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:
  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan keberkatan-Nya sepanjang bulan Ramadhan 2011.

Tuesday, August 2, 2011

rasuah


bile kita dah berada di tahap yg tinggi i mean dah ada pangkat kita terasa yg kita
nak lagi nak lagi..
mcm2 kita wt untuk dapatkan duit lebih
kalau cara halal, alhamdulillah
tapi kalau cara sebaliknya Nauzubillah.

apa yg i nak citer ni happen depan mate sendiri, dengan penilaian sendiri.
rasuah.
dalam undang2 even dlm islam pun melarang. tapi still jugak buat.

TERGAMAK KAMU SEMUA BG MAKAN ANAK2 ISTERI2 ATAU IBU BAPA DENGAN DUIT HASIL YG HARAM?

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia
(baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang
sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.

Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.

Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang laindi antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan)harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada hartabenda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )

Disebutkan dalam hadith :-

Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah
dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)"
( RiwayatAt-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)

ape yang cube i nak sampaikan untuk sape2 yg membaca dan peringatan untuk diri sendiri, berusalah dengan cara yg Halal.

* ingat balasan Allah *

Thursday, March 31, 2011

ilmu sihir

skang kita berada di tahun 2011. smua makin maju. serba canggih. makin moden.
tapi.. still ade lagi otak manusia skng yg tak semoden pembangunan..
aku slalu terdgr org gune ilmu hitam untuk jatuhkan atau bls dendam ngn org lain.
yerp! skng berlaku kat kawan aku sendiri. sgt kesian!

kalau nak ckp yg tukang buat tu budak2 lagi.. dah bapak budak.. dah terlalu dewasa untuk berfikir mane baek mane buruk..
takkan tak penah terpk apa akhirnye kita dpt kalau menyembah diri .. mghambakan diri dgn syaitan? dlm buku atau ceramah agama smua tau.. smua baca.
kalau malas sgt bc korang tgk citer khurafat? teladan dah ade kat situ! korang nak ke camtu?

dengki sbb org lain ada gf cantek - berusaha untuk dpt jugak. dgn cr yg baek
dengki sbb kwn ade keja baek sdgkan kamu tidak - dah tahu cam tu.. kerja rajin2 tak pun smbung blaja..

sape yg mengamal ilmu hitam, berhenti2 la. ingat Allah. knp still hidup ngn dendam. start ur new life. get ur own life. happykan ape yg ade ngn skeliling. byk menda faedah yg leh kita wt.
kesihan pada anak2, saudara mara, mak ayah .. mana diowang nak letak muka kalau tahu perngai kamu mcm tu.. insaflah.. pintu taubat masih terbukak.


Hukum mengamalkan ilmu sihir.

"Dalam hadis 2766, al-Bukhari dan hadis 89 al-Muslim, Nabi s.a.w menggesa umatnya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan dan salah satu daripada tujuh itu adalah perbuatan sihir."

"Dalam hadis an-Nasai pula disebut (mafhumnya), “Sesiapa yang simpulkan benang dan dijampi menterakan untuk sesuatu tujuan jahat, maka sesungguhnya dia telah melakukan sihir. Dan sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah mensyirikkan Allah S.W.T."

"Firman Allah, “Mereka (membelakangkan kitab Allah) mengikut ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, pada hal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir dan apa sahaja yang diturunkan kepada dua malaikat; Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seorangpun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu, ada juga orang-orang mempelajari daripada mereka berdua; ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isteri, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 102)"

Thursday, January 6, 2011

akibat menjatuhkan maruah org lain..

ingin berkongsi kisah benar!
bacalah n jdikan pedoman, supaya kita tak tergolong dlm golongan ini.. nauzubillah..

peringatan untuk diri sendiri :


Hadis Rasulullah SAW:

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”