Followers

Welcome!

Dear readers, Thanks for visiting my blog. This blog is all about me, what deep'in inside, and my journey. Thanks also with all ur support and ur comment. I will try to update it in a timely manner. For those that not interested plz get out frm my page. thanks - amy
Showing posts with label atkins. Show all posts
Showing posts with label atkins. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

Atkins - Sardin Punya Cerita

Ada yang bertanya 

Sardin dalam tin tu boleh makan ke?
p/s : gambo hanyalah sebagai hiasan

kalau tanya jawapan di dalam buku adalah 
YA BOLEH

tapi kalau uols tanya iols jawapannya adalah :
TIDAK DIGALAKKAN

kenapa???

meyh meyh iols bagi tahu ye.

kalau uols rajin membaca antara syarat2 utama ber DA lagi2 phase 1 adalah 
ELAKKAN PROCESS FOOD walaupun CARB rendah
sardin di tin dan di proses kan kan??

ok sardin pula di awet ye adik2, di letakkan bermacam2 untuk theyolss tahan lama di dalam tin itu
segala mak nenek gula, garam, perasa, chemical etc di dalam itu.
bahan2 itu dah sebati sebab sudah di tinkan di dalam satu tempoh masa yang lama.
so tuk nenek bahan2 tu sudah menyerap kedalam sardin berkenaan

walaupun ada yang mengatakan 
takpe, sos tu boleh basuh, makan je ikan dia.

my jawapan, still no.

u can check balik, if u consume makanan di dalam tin cth sardin / tuna, u check again .. berat u senang turun tak??
if YES u boleh teruskan.

but berat u macam siput sedut and statik, u should redo your menu!
pilihlah fresh food. 
agak leceh!
BUT JANGAN MALAS 
KAU MALAS KAU GEMUK!

another reason why sardine adalah salah satu penyumbang besar your URIC ASID naik mencanak tinggi! 
I suggest yang buat DA after 2 month pergi la check darah & urine kat Hospital / Klinik.

so, i dah explain why sardin ke tuna yang di tinkan/process for me adalah 
BIG NOO..

tepuk dada tanya selera 

kbye!

Atkins - Sembelit?



soalan biasa yang ditanya bila dalam 3 minggu - 1 bulan
adalah masalah nak buang air besar dan paling teruk sembelit.

jangan risau,
iols pun penah kena sekali selama ber DA
lepas tu cepat2 cari solution.
sebab sakit kot :'(

kenapa uols sembelit?

sebab kita kan mengurangkan carb bykkan protein so mmg akan susah nak verak

so nak mensettlekan masalah tu :

1. Make sure air yang uols minun cukup ( 25kg - 1 liter )

2. Sayur mesti uols ada skip ni kan? kan kan.. hiksss. so make sure every dish yang uols makan, kena make sure ada sayur. ops sayur yang di luluskan di dalam DA sahaja ye!!

kalau dua menda ni u jaga insyaAllah tiada masalah.

BUT if still bermasalah, uols boleh amik:

1. Psyllium husk ada di jual di market2.
2. Tea hijau yang membolehkan uols verak.


ni antara cara2 iols la.
harap membantu. hikss

Penurunan berat di dalam Atkins



saja nak bagi tahu,

siapa yang mengamalkan atkins
seminggu pertama uols akan menjerit keriangan
kerana 3kg penurunan dalam tangan

iols dulu 2 minggu 7 kilo turun.

BUT!!!

harus diingatkan lepas masuk minggu ke 3
berat uols akan makin susah turun tak seperti awalan minggu

nasihat iols,
jangan kecewa.
teruskan dan teruskan.

kbye!

Wednesday, October 22, 2014

Apakah itu Ketosis?

Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia akan melalui suatu
proses yang di namakan ketosis.

Ketosis merupakan proses semulajadi dalam tubuh kita.
Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada
a) tenaga
b) Ketone
c) Air

Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui
pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.


Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat
dalam makanan, 
meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah 
dan fasa ketiga meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam.

Setelah ketosis berjaya dimulakan badan akan menjadi kurus
dan cantik. 
Tubuh juga beroleh tenaga yang luar biasa.


7 Perkara untuk Berjaya dalam Atkin (Level Induction)





1. Kira carb uols amik untuk induction phase 20g sehari : carb (g) - serat (g)
    p/s : kena ingat bukan bermakna uols boleh telah apa-apa sj dalam 20 carb       tu. 12-15 g carb adalah daripada sayur hijau dan selainnya protein halal atkin     yang lain

2. Banyakkan makan sayur hijau yang halal atkins. Apakah kesan kalau tak nak     amik sayur sepanjang atkins? Jawapannya SEMBELIT! banyak iols tengok           macam2 alasan tak leh telan, tak makan sayur la. Adik2, hakak ni pun bukan     jenis makan sayur, tapi nak kuruskan. Kurangkan ALASAN itu ini tak boleh, 
    kalau nk seribu daya.
    Actually sayur yang dimakan sepanjang proses DA akan membantu uols rasa     kenyang tak perlu la uols terpaksa menghadap seekor lembu untuk rasa
    kenyang.

3. Minum air mengikut keperluan diri masing-masing 
    cth : 25 kg (berat badan) x 1 liter air
    Untuk melihat adakah uols dah minum dengan cukup, air kencing bewarna
    kuning cerah ke clear bermakna uols dah minum cukup air. 

4. Jangan berlapar. DA bukan diet berlapar tapi dengan syarat makan apa yg
    dibenarkan sahaja. Ingat! berlapar akan menurunkan kadar metabolisma
    dan menyukarkan proses penurunan berat badan berlaku

5. Makan cukup lemak (Good Fat). Fungsi lemak adalah untuk membantu
    merangsang pembakaran lemak di badan. Tapi berpada-padalah ya.

6. Jaga-jaga dengan carb yang tersembunyi. Baca label makanan. Jangan hanya
    kerana pada label menulis rendah kalori itu tak bermakna dia rendah carb, 
    gula dan garam. jaga-jaga. 

7. Check peti ubat uols, adakah ada ubatan yang melambatkan proses
    penurunan berat badan. cth ubat anti-radang nonstreroidal (NSAID),
    termasuk aspirin, ibuprofen (motrin, advil) dan naproxen (aleve, naprosyn)
    ubat-ubat ini menyebabkan pengekalan air dan boleh mengalang
    pembakaran lemak. Jika memerlukan tambahan melegakan kesakitan
    cuba acetaminophen (tylenon atau penadol) yang tidak NSAID

Tuesday, October 14, 2014

Pantang Larang dalam Beratkins


1. Pastikan air yang diminum cukup (25kg berat badan uols = 1 liter air) Make sure cukup! jgn sekali-kali kurang. PENTING

2. Pastikan makan 3 kali sehari (normal size food) atau 4-5 kali sehari (untuk small portion)

3. Jangan sekali-kali malas nak makan, sebab uols percaya if kurang makan, makin kurang berat badan uols. fakta itu salah untuk atkins.

4. Atkins bukanlah diet berlapar, atkins adalah diet makan sehingga kenyang (hanyalah makanan yg disenaraikan HALAL dimakan di dalam Atkins sahaja) 
sila rujuk link ini untuk lihat makanan yang HALAL di makan ketika proses induction Makanan yang Dibenarkan semasa proses Induction

5. Jangan berlapar, kalau berlapar nafsu saka makan akan berleluasa dan metabolisma akan menurun

6. Wajib makan breakfast 

7. Untuk makan malam, makanlah sebelum jam 7 atau selewat-lewatnya jam 8 malam ataupun 4 jam sebelum tidur. 

8. Makan 20 gram carb sehari sahaja (induction phase). Please baca label pada product yang hendak dibeli. Ayam, daging, ikan carilah yang di jual mentah bukan yang di proses / di tinkan dan bebas dari bahan pengawet.

9. Makanan proses di kilang ditambah gula, bahan perasa , bahan pengawet dan ada hidden carb. Baca label tin / kotak / botol. 

10. Elakkan makan di kedai, kerana makanan yg dimakan mungkin dicampur dengan sos, kicap, bahan perasa dan tepung. Nak kurus kena banyak bekorban, bangun pagi2 siap2 la bekal untuk di makan di tempat kerja secukupnya ( untuk makan pagi sehingga tamat waktu kerja)

11. Jangan sekali-kali makan makanan yang telah di HARAM kan di dalam atkins (Makanan yang Dilarang semasa proses Induction) cthnya walaupun sesudu, secubit, sesuap nasi, boleh menaikkan glukosa dalam badan dan boleh menyebabkan uols ketagih nasi dan benda-benda manis. bersabarla sayang.

12. Sembelit? minum banyak air atau boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air (ada dijual dimana-mana farmasi dan cosway)

13. Jangan  bimbang untuk menggoreng makanan, asalkan jangan ditambah sos, serbuk kunyit, tepung , madu, gula ataupun bahan yang telah diharamkan dimakan ketika Atkins

14. Rempah ratus boleh digunakan asalkan rempah ratus ASLI tiada penambahan gula atau tepung atau bahan perasa tiruan

15. Kenapa tidak boleh makan buah? buah terdapat gula dan carb yang tinggi. Sebiji buah pear mengandungi 25 g carb manakala pisang pula 23 g carb sebiji

16. Makanan ringan (junk food) tolong elakkan kerana ada trans fat dan boleh menyebabkan obes

17. Kalau teringin makan sardin / tuna / salmon di dalam tin, jangan pilih yang bersos kerana bergula. Pilihlah yang dimasak di dalam air / brine atau in oil. Tapi mcm iols cakap tadi, kalau boleh elakkan proses food ye adik2.

18. Untuk yang suka bersenam, teruskan bersenam. Bersenam akan mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak. Ada juga atkiners yg jarang bersenam tapi hanya berjalan (slow jogging) telah berjaya turun sehingga 30 kg. Berjalan pun sudah memadai bg yang tidak mampu bersukan.



Makanan yang Dibenarkan semasa proses Induction


Induction phase adalah peringkat PALING terpenting sekali didalam Atkins.

Induction dilakukan sebaik-baiknya dilakukan selama 
2 minggu (paling kurang)
6 bulan sehingga 2 tahun ( paling lama)

based on keadaan kesihatan dan berat badan uols.

so ada jugak yang bertanya bila nak move ke setiap phase
uols boleh baca di link berkenaan Peringkat di Dalam Diet Atkins

Makanan yang DIBENARKAN di ambil ketika berada di Induction Phase:

1. Ayam -
Tak kisah la nak panggang, steam, bakar, goreng dengan minyak (tanpa salut tepung), nak buat sup etc. 

Ada jugak tanya, 
makan kulit ayam boleh ke? - jawapan dia boleh dik. mmg tak ada masalah langsung
fyi, semua jenis part ayam makan la byk mana nak makan, kaki, bontot, leher
Syaratnya jgn gatal2 letak penambahan bahan yang telah dilarang 

Makan hati, pedal ayam? yang part dalaman ini boleh dimakan, but jgn makan terlalu kerap.


2. Ikan -
Sama jugak macam ayam. macam2 cara boleh dimasak. tak kisah la ikan dari laut ataupun sungai termasukla kolam.
cuma kalau ikan bilis agak masin, nak masak leh basuh dulu dengan air.
kurangkan kandungan garam.
ikan masin / jeruk - jangan makan!


3. Daging -
Rusa, lembu, kambing, itik , burung puyuh , cornish hen, angsa, turkey, ostrich  boleh dimakan
cara masak pun sama macam ayam.


4. Udang -
Boleh di masak seperti ayam. 
tolong elakkan makan sotong kerana carb tinggi


5. Sayuran -
Sayur HIJAU sahaja. Lagi hijau lagi bagus
sawi, bayam, salad, timun antara makanan popular dikalangan atkiners


6. Keju -
Cheddar, mozarella , parmesan
Limitkan kepada 2-3 keping sehari sahaja


7. Air Minuman -
Selalu soalan ni diajukan. Nak minum apa?
jawapannya air yang dibenarkan minum adalah air kosong / masak / mineral dan Tea Hijau tanpa gula. 
tak kisah la panas, suam mahupun sejuk.
ada jugak atkiners yang ambil tea tanpa gula, nescafe decaf, kopi - kalau boleh cuba elakkan 
dalam atkins minum air sangatlah penting.
Pengiraan pengambilan air setiap hari adalah:
25kg = 1 Liter air
Bermakna kalau berat uols 100kg total minum sehari perlulah 4 liter dan lebih
tak boleh kurang.


7. Telur Ayam -
Nak goreng, rebus, kukus, ikut uols la.
berapa biji sehari?
kalau i, i makan antara 3-5 sehari
tapi ada je otai2 DA makan lebih dari itu.


7. Oils & Fat -
boleh diambil BUT approximately 1 sudu
cth butter, mayonis (makesure no sugar adding), Olive Oil, Vegetable oil
Penggunaan Olive Oil hanyalah untuk sauteing sahaja bukan untuk mengoreng masakkan


7. Sos -
Sos nandos antara sos yg low sugar didalamnya
antara yg low adalah garlic, peri2 hot. make sure check nutrisi belakang untuk check kandungan carb, gula, dan sodium (garam)
Untuk sos pula jgnla amik smpai berkilo2 cukupla sehari dalam 2 sudu shj.


ok ni antara makanan yang dibenarkan
sikit je kan yang boleh dimakan berbanding yang tidak boleh?
so dari sekarang tanam dalam diri
"complaining / excuses won't burn your calories"


Makanan yang Dilarang semasa proses Induction


Induction phase adalah peringkat PALING terpenting sekali didalam Atkins.

Induction dilakukan sebaik-baiknya dilakukan selama 
2 minggu (paling kurang)
6 bulan sehingga 2 tahun ( paling lama)

based on keadaan kesihatan dan berat badan uols.

so ada jugak yang bertanya bila nak move ke setiap phase
uols boleh baca di link berkenaan Peringkat di Dalam Diet Atkins

Makanan yang DILARANG di ambil ketika berada di Induction Phase:
DILARANG disini bermaksud tidak dibenarkan mengambil walaupun sesenduk, sesuap, sesudu mahupun secubit. Jangan degil!! 
U cheat U GEMUK


1. Nasi - 
tak kisah la beras basmathi, beras cap rambutan, beras coklat putih merah takpun beras nak bagi ayam. Big NOOO


2. Mee - 
Semua mak nenek mee mmg tak leh amik, termasukla meehon, laksa pasta, kuew tiau etc


3. Roti -
Roti canai, roti gardenia, bun , roti jala, roti bakor asalkan nama dia roti tak kira bangsa dia dari cokelat, putih sampai la roti yang rentung, jgn gatal makan!


4. Gula -
segala jenis benda yang korang rasa manis mmg di larang sama sekali dimakan. Gula putih, gula kasar, gula halus, gula merah, gula kabung, madu etc


5. Buah - Buahan -
Semua jenis buah-buahan tak kisah la dari Msia, Indonesia mahupun dari Alaska sekalipun tidak dibenarkan makan.


6. Minuman yang Manis -
Jus buah, air sirap org kawin, air bergas, air dalam tin, air dalam kotak, dan tak kisah la coke diet or tak berapa nak diet jgn minum
kopi or nescafe decaf? - plss kurangkan. kalau tak minum langsung lagi bagus.


7. Junkfood
Segala jenis jajan cannot. Twisties, biskut, nanchos, pop corn, potato chips, jeruk etc


8. Kekacang -
semua jenis bentuk kekacang. big noo.


9. Makanan berproses -
Apa2 sahaja makanan yg uols beli di market yg difrozenkan tidak dibenarkan sama sekali cth daging burger, sosej, fish ball, chicken ball etc. Walaupun uols check kat belakang nutrisi dia rendah carb, but pls avoid. pls n pls.
Nak kuruskan?
p/s : daging cincang yg beli frozen pun pls elakkan. sbb ada hidden carb.


10. Tepung -
Makanan yang berasaskan tepung, kek, cekodok bawang, biskut, apa2 je la yg bertepung. tak boleh ambil


11. Sos & Kicap -
Yang ni adalah diantara masalah besar sapa yang nak ber atkins, sbb theyols suka sgt nak mencicah dgn sos la , 
atas alasan alaaaa sikit je, 
kalau yg buat telur separuh masak, gatal nak letak sikit kicap, 
atas alasan nanti mual la, tak biasa la. bla bla and bla
semua makhluk jika dia nama sos tak kisah la sos cili, tomato, thai, tiram etc mmg tak boleh ambil. termasukla kicap.
p/s : ada satu sos yang dibenarkan di dalam atkins. nanti check makanan yg dibenarkan. 


12. Sayuran yang ber Carb tinggi -
segala jenis ubian, lobak. Nak senang camni kalau tgk sayur tu warna BUKAN HIJAU jangan makan. boleh camtu?


13. Tenusu -
Tak kisah la yogurt, susu rendah lemak atau tak, dadih semua tak boleh.


14. Bahan Perasa Makanan -
Semua jenis perasa makanan tak kisah la serbuk atau kiub, pak ajinamoto tak dibenarkan sama sekali diambil.


14. Others / pesanan penaja
a) jangan makan sate, walaupun dia berasaskan ayam. 
tapi bahan perap ada gula/madu

b) keropok lekor - walaupun berasaskan ikan, tapi ada tepung

c) nak goreng ayam jgn guna serbuk kunyit - kunyit atau serbuk tu carb tinggi

d) jangan beli makanan yg dimasak diluar / tapau -sebab for sure la tukang masak dia akan letak sos sket, bahan perasa sket, tepung sket.

e) jangan ambil garam byk sgt. 

f) fast food - terutama KFC, sbb ada otai ckp tak apa makan tapi cabut kulit (kerana kulit ayam kfc kan salut tepung) iols susah nak explain but in my own experience i makan ayam KFC berat payah nak turun dan mengganggu ketosis i.  

g) sardin dalam tin - sebab ada sos dia dan kandungan gula yang tinggi. kalau teringin sgt nak makan sardin boleh basuh sos berkenaan or ganti dengan tuna in water.

f) ikan masin / ikan dijerukkan - jangan makan. sbb kandungan garam sangat tinggi dan ikan jeruk gula dan bahan pengawet tinggi

g) elakkan makan sotong. sebab sotong carb tinggi

f) continuee


Peringkat di Dalam Diet Atkins


Induction Phase
Sesi permulaan dan pengenalan
Tempoh : 2 Minggu atau lebih mengikut keadaan dan berat badan uols.

When to move ke phase yang seterusnya?

Selepas 2 minggu beratkins ini adalah waktunya
"decision time"

tanya dekat diri sendiri beberapa soalan ini:

uols still berat and terlalu byk lemak nak dihapuskan di badan 
so u should stay in this phase. still.

uols still craving atau rasa ngidam tahap meroyan n sampai termimpi2 nak makan carb. kiranya uols sgt struggling untuk menahan diri dari amik carb
so u should stay in this phase. still.

uols not fully compliant with this phase!
so u should stay in this phase. still.


You still have elevated blood sugar or blood pressure levels.
so u should stay in this phase. still.

Berat badan uols sgt slow turun seperti siput dan u tak aktif
so u should stay in this phase. still.


Phase 2
Ongoing Weight Loss
Penyusutan Berat yang berterusan

When to move ke phase yang seterusnya?

Jika uols punya berat turun dengan steady dan tinggal 10 pounds dari your goal weight. so ini adalah masa untuk berangkat ke phase seterusnya.
Sebab goal uols adalah untuk find a sustainable way of eating.
dan dengan hanya tinggal 10 pounds untuk di leburkan, so u punya masa untuk reintroduce the remaining carb foods.


IF uols belum lagi sampai 10 pounds dari goal or berat idaman uols but nak tukar ke phase seterusnya,
tanya diri sendiri beberapa soalan ini :

u tak mengalami tahap mengidam kepada makanan berunsur carb dan lapar yang tiada punca, thats mean tak lapar mana tapi still terasa nak mengunyah (unreasonable hunger).
Jika uols dah tidak mengalami simtom2 yg iols sebut tadi, so u boleh terus ke phase 3 and having more variety in your meals. Don't worry you can always return back to phase 2 to reboot weight loss if u stall out there.

so kesimpulannya, if u still experiencing cravings and extreme hunger before meals so stay lah dalam phase ini until the cravings and hunger vanished dan terhapus.  

p/s : dalam phase ni kemungkinan apa yang akan berlaku adalah, dia tak sama dengan penurunan di phase 1, dalam phase ini agak mengecewakan  dan ada sebahagian makanan yang dibenarkan di dalam phase ini boleh menyebabkan uols cravings dan undue hunger dan jangan terkejut mungkin dlm phase ni akan ada sedikit kenaikan berat badan. Dan fyi, uols mungkin akan menjadi extraordinary sensetip kepada carbs.
so, pada phase ini nasihat iols hanyalah dan harap uols pegang adalah
"be patient, and ramp up your activity level if possible"

Phase 3
Pre - Maintenance

Dalam phase ni uols must probably just 10 pounds dari berat idaman.
In this Phase, you will gradually see how much you can raise your daily Net Carb intake while exploring the final three rungs of the Carb Ladder.


Phase 4
Lifetime Maintenance 

Tahniah!! You did it!
You're finally in Phase 4. Lifetime maintenance
Generally, makanan yang u makan untuk di dalam phase ini, sama sahaja dengan makanan yang pernah uols makan. There are some foods you tried to reintroduce earlier without success that you can now handle. You can experiment with these foods at any time as long as your weight remains under control.



Apakah itu Diet Atkins?



I just terangkan sesimple yang boleh untuk mengurangkan kekeliruan uolas tentang apakah itu atkins hikss

Diet Atkins ini adalah sejenis corak pemakanan untuk membantu seseorang individu mengurangkan berat badan melalui 
konsep pembakaran karbohidrat (carb) dan lemak 
yang uols dah ternak sejak berzaman-zaman itu.

Diet ini menghadkan memakan apa sahaja makanan yang mengandungi carb termasuklah nasi , mee , kentang, pasta, tepung, gula.

kalau uolas nak tgk dari segi sains nye pula, 

Fakta pertama :
badan akan guna glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak
kiranya dia bakar glukosa baru lemak
faham kat situ?

so jika uols kontrol pengambilan carb kepada 20 gram carb sehari 
maka makcik glukosa ituu akan kehabisan stok!! sbb dah di bakor.
untuk pengetahuan uols, nak bakor sheols (makcik glukosa itu) memakan masa selama 48 jam iaitu bersamaan 2 hari ye.

selepas itu dia nak bakar apa untuk untuk hasilkan tenaga??
yes! gud question darlings!!
for sure la last skli dia bakor lemak shuols yg dah lama uols ternak itu.
so in this situation sheols akan bakar lemak semata untuk mengasilkan tenaga.

ada jugak yg tanya iols, 
gila kejam 20 g carb sahaja dibenarkan ambil sewaktu phase induction.
kejam ke uols??
uols selama ni dah kejam kat diri sendiri tak pikir pula ye? mihihi

Tujuan 20g carb sehari = 
memastikan badan tu bakar lemak bukan glukosa

so ini adalah entry pengenalan apakah itu atkins.
^_^v

to beeee continuee dgn entry seterusnya :)