susah jadi orang malas cari gaduh ni
orang pijak kepala, senyap
orang tinggikan suara,angguk
orang campak tahi, sambut
atas dasar
berdiam lebih elok
sebab orang akan fikir, "dia boleh makan"
sebab orang fikir, "takpa dengan dia, tak kemana marahnya dia"
sebab orang agak, "dia takkan melawan punye"
tapi kadang-kadang orang ni lupe
dia juga manusia
dan
manusia juga ada perangai binatang sekali sekala
kalau harini dia seperti kucing, mana tahu esok dia mungkin boleh jadi singa
kalau harini dia seperti arnab, mana tahu esok dia mungkin boleh jadi naga
manusia tetap manusia
kadang-kadang tanya diri kita
manusia berubah kerana dia berubah atau kerana kita memaksa ubahnya?
No comments:
Post a Comment